Khamis, 26 Mei 2011

Cara Menjahit Purdah

Assalammualaikum... 

Untuk pengetahuan pembaca blog Anakku Anugerah Terindah, ummi cuma COPY AND PASTE entry cara menjahit purdah ini dari blog

Dr Muslimah Mini Shop

Jemputlah singgah ke blog beliau untuk membeli produk muslimah.

Bagi sesiapa yang nak jahit sendiri niqab atau mula nak pakai niqab , di bawah ni ada cara-cara nak menjahit sendiri. Selamat mencuba.

Sebab ummi sendiri pengguna purdah jadi ummi mengambil kesempatan untuk share entry ini dengan semua yang masih tercari-cari di mana untuk membeli purdah dan ingin menjahit sendiri purdah.




pesanan penaja khas: KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS

Pertama:

Kita biasanya beli 1.75 meter atau 2 meter kain untuk membuat tudung. Jadi, lebihan kain yang dibuat tudung tadi kita jangan buang, kita buat niqabnya pula.







Step 2:
Kain tadi dipotong dengan ukuran 35cm x 27cm (Ukuran berbeza mengikut keselesaan sahabat-sahabat, kalau nak labuh, maka panjangkan ukuran tinggi: 35cm). Maksudnya di sini antunna kena potong panjangnya dalam 70cm. Kemudian, lipat kain tadi kepada 2 bahagian yang sama panjang dan lebarnya iaitu 35cm x 27cm. Lipat dua je, tak susah pun. Satu akan dijadikan bahagian dalam dan satu lagi akan dijadikan bahagian luar.






Step 3:

Bahagian dalam dipotong sebanyak 5 cm (di bahagian bawah, bukan atas).









Inilah hasil dari step 3 tadi.









Step 4:

Selepas itu, lipat kain tadi menjadi dua bahagian lagi (segiempat tepat) dan potong hujung bahagian luar menjadi curve. Kalau ada diantara antunna yang nak buat empat segi biasa je, pun tiada masalah, jadi tak payahlah potong.






Ini hasilnya dari step 4 tadi apabila selesai dipotong.











Step 5:
Ulang step 4 pada kain bahagian dalam pula. Potong curve atau hanya dibiarkan.









Ini pula hasil dari step 6.









Step 7:
Pasangkan getah di bahagian hujung/penjuru kedua-dua hujung niqab. Panjang getah mestilah mengikut kesesuaian dan keselesaan para sahabat. Ni untuk sokongan..gantung kat belakang kepala.









Ini dia jadinya bila dah siap menjahit kedua-dua belah niqab dengan getah.








Akhirnya, siaplah niqab yang antunna jahit. Hujung kain tu pandai-pandai antunna la nak kelim ke, nak guna api lilin ke..janji kemas...

15 ulasan:

  1. assalamualaikumm..:)
    yang dekat jarum tu xyah jahit ke? nnti bile pakai tu kne pakai jarum ek..?

    BalasPadam
  2. Jzkk.

    Nak try jahit sendiri. Moga Allah bagi kekuatan untuk pakai niqab. Allahu..

    BalasPadam
  3. nurhanim zulkifli8 Mac 2012 4:37 PTG

    assalamu'alaikum..

    nk try jahit sendiri..
    mudah2an ALLAH prmudahkn..
    ana nk berpurdah krana ALLAH..
    :)

    BalasPadam
  4. ana seorang pelajar sekolah menengah agama.ana tergerak hati untuk berpurdah bila ada program tahfiz di sekolah ana.program itu menggalakkan calon tahfiz fatayat untuk memakai purdah.ana teringat perbualan bersama umi ana.masa dulu ana pernah bertanya pendapat mengenai pemakaian purdah tapi masa itu tidak ada keinginan untuk memakainya.umi ana kata sebaiknya tidak perlu kerana umi ana takut ana tidak istiqamah.ana ada kholah2 yang memakai purdah.sesetengah mereka memakai sekejap sahaja kemudian terus berhenti memakainya.adakah ana patut teruskan niat untuk memakai purdah atau sebaliknya?ana takut dan ragu2 juga sama ada ana mampu untuk istiqamah atau tidak.apa pendapat anti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah macam ana juga..

      Padam
    2. ana merupakan gadis bertudung pendek..ana penah sekali pkai tudung labuh..tp xthn dugaan..tudung ana pndek lagi..ni kali ke 2 hati ana tergerak nak pkai tudung labuh..n ade seorg kawan ana ckap..pkai purdah skali..purdah ni akan bantu kita yakin pada diri sndiri.. tak tahu la family terima ke tak..hmmm..?

      Padam
  5. assalamualaikum.....sy berminat+nak berhijrah ntuk memakai niqab....
    tpi sy xpandai nak buat....kt kedai ada jual x???

    BalasPadam
  6. wah.. terima kasih. adik sy pakai purdah, jadi nak buatkan untuk dia :)

    BalasPadam
  7. saya terngin nak akai purdah ...tetapii di sekolah sya x bleh paakai...
    hanya di luar sahaja...jika sekolah sya ada lawatn ke luar...saya mushkil hendak pakai aatau x perlu....

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum umi, saya hendak memakai purdah tapi ibu saya tak membenarkan kerana takut saya ujub dan riak. Selain dari itu, ibu saya berkata saya perlu menambah kefahaman terhadap agama yang cukup seperti taraf seorang ustazah. Baru boleh pakai. Adakah saya perlu lakukan seperti yang disuruh ibu atau pakai sahaja purdah itu tanpa memperdulikan kata-katanya? Adakah sememangnya dan seharusnya hanya orang yang berkefahaman agama yang tinggi dan pelajar2 SMA atau pelajar tahfiz sahaja ke layak memakai purdah?? Bagaimana pula pelajar biasa seperti saya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stigma tu tetap ada terhadap orang yang memakai purdah. stigma seperti yang ibu saudari katakan tu, itulah yang melekat dalam minda masyarakat.

      Sebenarnya tiada istilah layak atau tidak dalam pemakaian purdah/niqab. SMA atau SMK, pelajar tahfiz atau pelajar biasa semuanya layak. Hanya saja perlu terus memperbaiki diri, dan istiqomah dengan perubahan.

      Sebaiknya saudari ikut kata ibu. Selagi mana saudari belum berkahwin, saudari perlu taat kepada ibu dan bapa. Jangan biarkan ibu berkecil hati dan menangis dengan tindakan membelakangkan nasihatnya. Berdoalah semoga ibu saudari lembut hati membenarkan saudari berniqab dan berdoa juga agar Allah berikan calon suami yang membenarkan dan menggalakkan saudari memakai purdah/niqab.

      Saudari juga perlu tahu hukum dan sebab saudari memakai purdah supaya nanti tidak dikata taqlid buta.buat masa ni, apa yang saudari boleh lakukan adalah istiqamah dengan tudung labuh.

      Semoga Allah memudahkan segala urusan saudari.

      Padam
  9. Assalamualaikum.. saya ingin meminta pendapat saudari .. saya selalu diusik oleh lelaki yang saya tidak kenali dan ada yang berani menegur saya untuk berkenalan dengan saya .. itu membuatkan saya berasa sangat tidak selesa.. namun begitu, ibu dan ayah saya tidak menggalakkan saya berpurdah..apa yang patut saya lakukan?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..ummi, ana bukanlah pelajar SMKA atau tahfiz, tapi ana berminat sangat nak pakai purdah.. setakat ini, hanya tudung labuh yang ana gunakan... ana pernah mintak restu kat ummi ana untuk pakai purdah.. tapi, ummi ana tak bagi, dia kata dia tak suka and rimas kalau tengok saya pakai purdah... alasan ana tidak kukuh untuk mendapat restunya.. jadi, sekarang macam mana nak meyakinkan ummi ana ?

    BalasPadam
  11. assalamualaikum..ana nk cuba pakai pudah.dan ana harap ana istiqamah untuk pakai purdah

    BalasPadam

Perhatikan adab berikut!
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya:
“Sesungguhnya Allah meridhai kalian pada tiga perkara dan membenci kalian pada tiga perkara pula.
Allah meridhai kalian bila kalian:
(1) Hanya beribadah kepada Allah semata, (2) Dan tidak mempersekutukan-Nya, (3) Serta berpegang teguh pada tali (agama) Allah seluruhnya, dan janganlah kalian berpecah belah
Dan Allah membenci kalian bila kalian:
(1) Suka qiila wa qaala (berkata tanpa dasar), (2) Banyak bertanya (yang tidak berfaedah), (3) Menyia-nyiakan harta”
(HR. Muslim no. 1715)