Khamis, 30 Jun 2011

Cara mudah menyediakan makanan bayi

Ummi lebih memilih untuk masak sendiri makanan Ukasyah berbanding makan nestum atau yang senagkatan dengannya. Setiap ibu ada pilihan masing-masing.

Ummi akan masak untuk Ukasyah setiap hari. Sekali masak untuk 4 hidangan. Pagi, tengah hari, petang dan malam (kalau Ukasyah lapar).

Menu Ukasyah hari-hari setakat ini ialah:

  • bubur nasi
  • labu
  • lobak merah
  • buah pear
  • ayam
  • brokoli
  • minyak zaitun
  • kentang
Alhamdulillah Ukasyah berselera makan. Ummi akan campurkan semua kat atas dalam satu hidangan maksudnya, masak sekali. Ummi masak guna rice cooker biasa atau masak atas dapur ajer. Dua-dua pun mudah. Tapi kalau guna rice cooker tak takut hangus. (kalau terleka).

Bila dah masak, ummi biar sekejap. Kemudian baru ummi blender bagi hancur. Bila dah blender masukkan dalam bekas, bahagikan 4 bahagian. Setiap bahagian 5 sudu makan penuh.(biar penuh tau) Kalau nak lebih pun takper. Ni ummi sukat ikut berapa banyak Ukasyah boleh habiskan dalam satu-satu masa. Banyak juga tau 5 sudu makan penuh tu. Kadang-kadang Ukasyah tak habis.

Akhirnya, baru ummi tutup rapat-rapat dalam bekas dan masukkan dalam freezer. Biar beku. Kalau nak makan baru ummi panaskan atau cairkan atas dapur dengan sedikit air. Ummi tak ada warmer so gunalah cara ni. Tak lama nak panaskan. Kacau-kacau, ketuk-ketuk, nanti tak sampai 3 minit dah cair. Boleh terus makan.

Kalau nak buat untuk dua hari sekali pun boleh. InsyaAllah makanan masih elok lagi. Jangan simpan makanan yang dah dimakan baby, buang terus atau ummi makan je.(hihi) 







Ummu Ukasyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perhatikan adab berikut!
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu‘anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya:
“Sesungguhnya Allah meridhai kalian pada tiga perkara dan membenci kalian pada tiga perkara pula.
Allah meridhai kalian bila kalian:
(1) Hanya beribadah kepada Allah semata, (2) Dan tidak mempersekutukan-Nya, (3) Serta berpegang teguh pada tali (agama) Allah seluruhnya, dan janganlah kalian berpecah belah
Dan Allah membenci kalian bila kalian:
(1) Suka qiila wa qaala (berkata tanpa dasar), (2) Banyak bertanya (yang tidak berfaedah), (3) Menyia-nyiakan harta”
(HR. Muslim no. 1715)